Tuesday, January 10, 2012

Tamatlah pengajian saya kat UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.TANJUNG MALIM PERAK

Setelah 4 tahun saya berada di UPSI ni.. setelah hbis exam final sem esok....maka tamatlah pengajian saya di UPSI ni...emmm..bnyk suka duka dilallui ka sini...skrg rs mcm sekejap je..tau2 dah last sem..hukhuk..sedih..hapy ada berbagai perasaan timbul sekarang..hapy bila tau dah hbis...sedih bila nk tinggal kan dan berpisah ngn kwn2 n upsi ni..yela..dah sepnjang sem lalui bersama dan di sinilah tempat saya belajar...tapi...kata org...TIAP PERTEMUAN, PASTI ADANYA PERPISAHAN...dah lumrah kehidupan kat dunia ni..namun...harap2..perpisahan ni bukn bt selamanya...kita akan bertemu lagi bila ada REUNION dan majlis kawin ..hehe...nti kwn2 jgn lupa jemput fara tau...SAYANG KAWAN2 EMPHATY BATCH...

Malam Pra Graduasi Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (MPG) (sesi 2008/2012)

Tema MPG kami ialah merah.hitam..putih.,...fara pilih warna hitam dan merah..sebab lebih menyerlah.hehe...emm..memng best malm tu (7 januari 2012)(Sabtu). Tempatnya di Hotel Regency Kuala Lumpur...Macam-macam aktiviti bt time mlm MPG ni..antaranya..setiap ahli kumpulan perlu pilih wakil mereka..kemudian setiap kumpulan diberi 2 gulung tisu..mereka perlu balut wakil yg dipilih itu menjadi MUMIA dengan tisu yg diberikan dan menggayakan wakil tersebut. setelah itu..mereka perlu membawa wakil2 yg telah siap diMUMIA kan itu ke hadapan pentas. dan menggayakan dengan gaya tersendiri..Mumia yang cantik dan bergaya dipilih sebagai pemenang..Selain itu, ada juga pemilihan KING N QUEEN malam MPG ini... Grand Price juga disediakan kepada yang bernasib baik...




Jom tengok gambar2 mlam tu...




































Kisah tesis sudah HABIS.heheh...

YAHUUUUUUUUU..fara dah boleh jilid tesis..alhamdulillah..lega sgttt,....setelah berhempas pulas.akhirnya....siap jugk tesis fara..n dah jilid td.....emm..bt 4 salinan.....hehehe...:-)

Thursday, December 15, 2011

kisah tesis lagi

setelah membentangkan tesis bab 4..kini..saya sudah boleh meneruskan ke bab 5 ...alhamdulillah...:-)...skrg ni fokus tesis je...dah xde dah asgnment lain...

Monday, December 12, 2011

LOVE IS CINTA..APA pendapat korang tentang cinta?????

Pada saya...cinta tu banyak..cinta kepada tuhan, kepada ibu bapa, kawan-kawan. dan sebagainya....cinta yang paling agung adalah cinta kepada tuhan kerana tuhan sentiasa ada disamping kita walaupun semasa kita senang, susah, sedih, gembira dan sebagainya...emm,,,.dr segi cinta kepada manusia pula...ianya bergantung kepada kita untuk memilih cinta yang macam mana....

Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna.

Usah disimpan bara dendam di hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. Cinta ialah bukan satu permainan. Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri. 

Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun insane terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui. 

Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati.

Tanamilah benih cinta, siramilah ia dengan kasih sayang berbajakan pengorbanan agar ia subur menjadi buah yang penuh kebahagiaan

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.


Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.


p/s: Semua indah bila saat bcinta..kan. Bila kecewa, hancur segalanya. Itulah CINTA.




senyum....senyum....auchhhh...manisnya.,hehehe...

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

saya...awk....dan mereka...ber BBQ kat pantai sri tujuh..kelantan.....:-)